Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Gagal patuhi garis panduan antara punca kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights

  • Published in Semasa

HULU KELANG, 19 September - Pembinaan struktur tambahan tanpa kelulusan pihak berkuasa antara punca kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights, Ulu Kelang Jumaat lalu.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, setiap pembinaan di lereng bukit atau tempat tinggi perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan bawah Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tambahnya, laporan lengkap kejadian dijangka dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains esok.

Insiden tersebut menjejaskan struktur binaan tiga rumah banglo dan 12 rumah jenis bandar membabitkan 27 keluarga namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.