Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Pahang bersedia terima pengunjung luar

  • Published in Semasa

TEMERLOH, 18 September - Pahang bersedia untuk melaksanakan gelembung pelancongan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Shakar Shamsudin, ini kerana kebanyakan lokasi pelancongannya sudah mencapai tahap imuniti kelompok.

Antara kawasan pelancongan yang telah mencapai imuniti kelompok ialah Bukit Fraser dan Pulau Tioman.

Malah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Genting Highland dan Cameron Highlands juga telah bersedia membuka pintunya untuk pelancong.