Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Tanah Runtuh: 19 rumah teres di Kemensah Heights terjejas

  • Published in Semasa

AMPANG, 18 September - Sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights, Ampang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam dan tiba di lokasi 11 minit kemudian.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba bertindak memindahkan semua mangsa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Tiada mangsa yang cedera dilaporkan.

Pihak bomba turut memantau lokasi tanah runtuh jika berlaku sebarang pergerakan tanah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Muhammad Farouk Eshak pula berkata semua mangsa ditempatkan di dewan sekitar Ampang.

Beliau berkata pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya menyediakan dua lokasi sebagai penempatan sementara.

Ujar ACP Muahamamd Farouk lagi, sekiranya mereka tidak mahu berpindah ke tempat yang disediakan, mereka diberi pilihan untuk menetap di rumah saudara-mara.

Menurut penduduk mereka dikejutkan bunyi dentuman kuat dan gegaran dan mendapati beberapa pokok tumbang disertai tanah runtuh.