Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

SOP Pencegahan COVID-19 di Parlimen telah ditambah baik

  • Published in Semasa

PARLIMEN, 14 September - SOP Pencegahan Penularan COVID-19 di Parlimen telah ditambah baik.

Langkah berkenaan bagi melindungi kesihatan setiap individu dan seterusnya memastikan kelancaran persidangan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat – Datuk Azhar Azizan Harun berkata, semua ahli parlimen dan pegawainya perlu melakukan ujian saringan COVID-19 sebaik tiba di Parlimen, pada setiap Isnin dan Rabu.

Hanya individu disahkan negatif, dibenarkan masuk.

Sistem penggiliran dalam dewan rakyat akan dilaksana setiap sejam.

Ahli parlimen yang menjalani Perintah Pengawasan di Rumah (HSO), diberi pilihan untuk hadir ke Dewan Rakyat ketika sesi pengundian, dengan mematuhi SOP ketat, termasuk memakai pakaian pelindung diri (PPE).

Pasukan petugas KKM akan berada di Parlimen sepanjang persidangan, bagi memantau tahap pematuhan SOP ditetapkan.

Selian itu, tahap kualiti udara dalam Parlimen turut dipertingkat dengan pemasangan penapis udara.