Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

MoU kerajaan, PH stabilkan politik negara

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 14 September - Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) bertujuan mengembalikan kestabilan politik negara.

Demikian dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ia bagi menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi menerusi pendekatan kerjasama secara 'dwipartisan'.

Beliau berharap tindakan diusahakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu diterima baik semua pihak.

Beliau turut menasihati pembangkang supaya fokus kepada agenda lebih penting bagi memastikan kestabilan negara.