Friday, 24 September 2021

updated 12:45 PM UTC, Sep 24, 2021

Penduduk Perlis diseru patuh SOP MKN pada fasa ketiga PPN bermula esok

  • Published in Semasa

ARAU, 3 Ogos - Perlis, Labuan dan Sarawak akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), esok.

Susulan peralihan ini, masyarakat diseru supaya sentiasa menyemak dan memahami SOP Majlis Keselamatan Negara dari semasa ke semasa dalam usaha berterusan memerangi COVID-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sikap bertanggungjawab ini perlu diterapkan agar sentiasa mengetahui, memahami serta mematuhi SOP MKN yang terkini.

Peringatan ini dizahirkan baginda berikutan kes baharu COVID-19 di Perlis semakin meningkat sejak seminggu lalu.

Baginda bertitah demikian selepas menyantuni dan menyampaikan bantuan bencana Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis kepada penduduk terjejas ribut di Kampung Sungai Berembang, Simpang Empat.