Friday, 24 September 2021

updated 12:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Polis akan panggil Ahli Parlimen, individu terlibat perhimpunan di Dataran Merdeka, semalam

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Polis akan memanggil ahli parlimen dan individu yang terlibat dengan perhimpunan di Dataran Merdeka, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mereka akan diambil keterangan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Dua laporan polis diterima berhubung perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, PDRM sedang mengesan 47 individu yang terlibat dengan 'Himpunan Keluar' dan Lawan Sabtu lalu.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan individu tersebut bagi membantu siasatan.