Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Program Ladang Kontarak bantu usahawan agro makanan

  • Published in Semasa

PASIR MAS, 2 Ogos - Usahawan agro makanan diseru agar mendaftar di bawah Program Ladang Kontrak.

Timbalan Menteri II, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, selain memudahkan, ia dapat mengatasi isu pemasaran produk yang mungkin timbul terutama ketika musim pandemik ini.

Para usahawan terbabit disaran mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi dan jabatan berkaitan bermula dari peringkat awal.

Mengulas mengenai isu tular mengenai timun yang tidak dapat dipasarkan, beliau berkata, MAFI melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyediakan tempat percuma untuk memasarkan hasil tani berkenaan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan.