Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

PM ucap syabas kepada Dhabitah kerana pamer aksi mengagumkan

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 2 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan syabas kepada penerjun negara Nur Dhabitah Sabri yang telah mempamerkan aksi dan tentangan yang amat mengagumkan pada saingan akhir acara 3 meter papan anjal wanita individu Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Perdana Menteri dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau berkata, biar pun tanpa pingat, kelibat dan aksi Nur Dhabitah nyata menghiburkan bersama semangat yang tidak mudah mengalah.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, layak ke final dan berada di tempat keempat daripada 12 peserta dalam temasya sukan tersohor itu juga satu kejayaan yang perlu dibanggakan.