Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

KPWKM terima lebih 360,000 permohonan Bakul Prihatin Negara

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Lebih 360,000 permohonan Bakul Prihatin Negara diterima Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) hingga Jumaat lalu.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun terdapat golongan yang bukan sekadar menghadapi masalah barangan asas, bahkan memerlukan bantuan lain untuk ahli keluarga termasuk keperluan gajet untuk pembelajaran anak-anak.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada adik Nur Hamira Ahmad Adnan dan keluarganya di ibu negara.

Dalam pada itu, Datuk Seri Rina menyeru semua pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar segera memohon Bantuan Khas Taska menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum 31 Ogos.

Menurut beliau, sehingga kini 1,101 permohonan diterima daripada pengusaha taska di seluruh negara.

Kerajaan telah memperuntukkan RM13.2 juta yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 4,400 pengusaha taska yang berdaftar di bawah JKM.