Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Polis terima laporan perhimpunan bantahan

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Polis menerima satu laporan berkenaan perhimpunan bantahan dengan siasatan sedang dijalankan.

Kesemua individu yang telah dikenalpasti akan dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kasim, jika cukup keterangan individu tersebut akan dikenakan tindakan kompaun di atas kesalahan di bawah Seksyen 21A Akta 342 dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPB) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan tersebut.

Tindakan akan diambil terhadap pihak yang menganjurkan sebarang perhimpunan di sekitar ibu negara kerana kesalahan melanggar SOP.