Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Sistem e-Tanah akan diperluas seluruh negara - PM

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 27 Julai - Sistem e-Tanah secara Kerjasama Awam Swasta (PPP) bakal diperluas bagi memastikan sistem pengurusan dan pentadbiran tanah, lebih bersepadu di seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan sambutan Hari Tanah Negara 2021 menyatakan, ianya dijangka selesai dibangunkan pada 2024.

Beliau turut menyatakan perjanjian konsesi sistem e-Tanah bagi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan akan dimeterai, hari ini.