Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Pangkor sasar capai imuniti kelompok September ini

  • Published in Semasa

LUMUT, 26 Julai - Pulau Pangkor menjadi sebahagian daripada projek rintis Program COVID-19 Free Destination, Fasa 2 Pelan Pemulihan Pelancongan (TRP) sebelum diperluas ke pulau peranginan lain.

Sehubungan itu, pusat peranginan itu disasar mencapai 80 peratus tahap imuniti kelompok, menjelang awal September ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bagi mencapai sasaran itu, lebih 8,000 penduduk di Pulau Pangkor layak menerima suntikan vaksin daripada keseluruhan 11,500 penduduk.

Selain Pulau Pangkor, Program COVID-19 Free Destination itu juga akan diperluas ke pulau peranginan lain termasuk Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman.

Beliau berkata demikian pada program tersebut di Pulau Pangkor.