Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

KP kesihatan gesa doktor kontrak tidak sertai demonstrasi

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 26 Julai - Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa semua doktor dan petugas dalam perkhidmatan secara kontrak untuk tidak sertai demonstrasi.

Tunjuk perasaan itu boleh membahayakan nyawa dan juga kerjaya mereka.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan Facebooknya bahawa beliau memahami semangat para pekerja kesihatan mahu diserap sebagai jawatan tetap, dan pada masa ini kerajaan telah mengumumkan penambahan kontrak jawatan dua tahun untuk mereka.

Menurutnya, ia akan memberikan masa untuk pindaan dilakukan kepada Akta Pencen, supaya jawatan tetap boleh dibenarkan untuk mencarum dengan KWSP, sebagai contohnya, tanpa pilihan untuk pencen.

Beliau turut menjelaskan, kerajaan akan membenarkan mereka berjawatan secara kontrak untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dan akan ditawarkan ke jawatan tetap dengan mempunyai caruman KWSP.