Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

Kedah perluas kempen mendaftar vaksin di kawasan kampung

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR, 7 April - Kempen mendaftar suntikan vaksin COVID-19 akan digerakkan secara meluas khususnya di kawasan-kawasan kampung di Kedah.

Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihak berkaitan termasuk pusat kesihatan daerah perlu melipat gandakan usaha bagi menggalakkan orang ramai mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Sehingga 6 April, seramai 452,808 orang atau 29.38% daripada 1,541,160 orang yang layak menerima vaksin di Kedah telah mendaftar sebagai penerima.

Sehubungan itu, semua penduduk Kedah yang berumur 18 tahun ke atas digesa untuk segera mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.