Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Jelajah Ramadan RTM 2021 tuju 24 lokasi

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 7 April - Jelajah Ramadan RTM 2021 yang akan bermula esok sehingga 9 Mei bakal menyantuni golongan kurang mampu serta petugas barisan hadapan negara.

Timbalan Pengarah Program Radio, Fairuz Mohd Radzi berkata Selangor menjadi lokasi pertama jelajah berkenaan diikuti 23 lokasi lain di seluruh negara.

Tambah beliau, berikutan pandemik COVID-19, jelajah yang memasuki edisi ke sembilan itu akan bergerak secara berasingan ke setiap negeri melalui 6 laluan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Antara aktiviti menarik dalam Jelajah Ramadan RTM kali ini termasuk agihan pelbagai jenis bubur, ziarah kasih, dan solat sunat terawih bersama masyarakat.

Majlis penutup akan diadakan di Kuching, Sarawak.