Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Portal HPC diperkenal, fokus beri bimbingan kepada calon

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 7 April- Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) sasar menyediakan 50,000 peluang pekerjaan tahun ini, menerusi portal HRDF Placement Centre (HPC).

Kini, portal berkenaan menyediakan 20,000 peluang pekerjaan yang boleh mula diakses oleh mereka yang berminat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan menjelaskan, HPC bukan portal mencari pekerjaan.

Ia fokus kepada proses bimbingan seperti latihan dan kursus untuk melengkapkan individu dengan kemahiran yang diperlukan.

HPC membantu memadankan majikan daripada pelbagai industri dan sektor dengan calon pekerja yang tepat untuk mengisi kekosongan jawatan dengan segera serta menawarkan peluang latihan.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran HPC di ibu negara.