Thursday, 15 April 2021

updated 7:14 AM UTC, Apr 15, 2021

Sesi sekolah: 55,000 murid terlibat di Melaka

  • Published in Berita Semasa

JASIN, 8 Mac- Di Melaka, hampir 55,000 murid tahun tiga hingga enam memulakan sesi persekolahan, di 238 sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri, memaklumkan angka itu melibatkan 32,669 murid tahun tiga hingga enam di daerah Melaka Tengah, 8,381 murid, di daerah Jasin dan 13,892 murid di daerah Alor Gajah. 

Setiap sekolah dilihat memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dengan setiap murid dikehendaki memakai pelitup separuh muka, memeriksa suhu badan dan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum memasuki kawasan sekolah.

Ibu bapa juga hanya dibenarkan menghantar anak masing-masing di luar pagar sekolah.