Thursday, 15 April 2021

updated 7:14 AM UTC, Apr 15, 2021

Hari Wanita: Sayangi diri, jadi insan hebat

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 8 Mac- 'Wanita Bangkit, Mendepani Cabaran' merupakan tema yang diangkat sempena Hari Wanita Peringkat Kebangsaan.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengingatkan setiap wanita, menyayangi serta menghargai diri sendiri dan menjadi insan yang hebat dan bahagia.

Baginda bertitah, kekuatan wanita diuji ketika pandemik COVID 19.

"Saya ingin menyeru agar kita semua menghargai, menyayangi dan menghormati kaum wanita, berlemah lembut dengan mereka."

"Saya ingin mengingatkan wanita agar sayangi dan hargailah diri kita sendiri."

"Cintai diri sendiri dan anda akan jadi insan bahagia dan hebat."

"Wanita yang bahagia sudah pasti mampu membawa kebahagiaan kepada semua insan di sekelilingnya." 

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, baginda percaya, wanita tetap mampu bangkit, cekal serta berjaya keluar dari cabaran tersebut.