Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

MAFI sasar 8,800 tan hasil pertanian menjelang 2025

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 8 MAC - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyasarkan pengeluaran sebanyak 8,800 tan metrik hasil pertanian yang selamat dimakan menjelang tahun 2025.

Ia menerusi Projek Pertanian Bandar di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dapat membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pertanian bandar.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Jabatan Pertanian akan membimbing individu dan penduduk untuk mengeluarkan bahan makanan mereka sendiri.

Program tersebut melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar secara individu atau berpasuka dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan.

Ini dalam menghasilkan produk pertanian sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual.