Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Bapa didakwa lakukan amang seksual terhadap anak

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 7 Mac - Seorang bapa mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap anaknya di rumah mereka di Kulai, Johor tahun lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa menyentuh bahagian sulit anaknya, selain mengarahkan anaknya berbuat perkara sama terhadap dirinya.

Pendakwaaan dibuat di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Kesalahan didakwa dilakukan pada Februari dan Jun tahun lalu.

Ia merupakan kesalahan mengikut Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017.

Kes disebut semula 25 April nanti.