Thursday, 15 April 2021

updated 3:59 AM UTC, Apr 15, 2021

MAQIS serah hasil rampasan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara

  • Published in Berita Semasa

RANTAU PANJANG, 7 Mac - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan lebih 8 tan ayam sejuk beku kepada zoo negara.

Ia melibatkan hasil rampasan dari Disember 2020 hingga Januari lalu dengan nilai lebih RM66,000.

Ia sekali gus dapat memastikan bekalan makanan kepada haiwan di Zoo Negara mencukupi.

Ketua Pengarah MAQIS, Saiful Yazan Alwi berkata, kesemua ayam sejuk beku itu dirampas semasa cuba dibawa masuk dari negara jiran melalui pengkalan haram tebing sungai Golok di sekitar Rantau Panjang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan ayam sejuk beku kepada pihak Zoo Negara di Pejabat MAQIS ,Rantau Panjang, Kelantan.