Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Peka perubahan suhu dan cuaca - MB Perak

  • Published in Berita Semasa

IPOH, 7 Mac - Masyarakat diingatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan suhu ketika ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, ia bagi memastikan mereka tidak terdedah dengan sebarang risiko termasuk ketidakselesaan kepada kesihatan badan.

Berdasarkan kajian dijalankan Think City, Ipoh mencatatkan peningkatan suhu permukaan tanah sebanyak 6.75 darjah Celsius antara tahun 1998 hingga 2019.

Beliau berkata demikian selepas menyertai gotong royong bersama rakyat sempena Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) di Rumah Pangsa Jalan Pasir Putih.

Pada program tersebut, lima penduduk menerima tawaran sewa rumah dengan nilai sewaan RM100 sebulan.