Thursday, 15 April 2021

updated 7:14 AM UTC, Apr 15, 2021

Kunjungan PM ke Asia Barat: PM berpeluang tunai ibadah umrah

  • Published in Berita Semasa


MEKAH, 7 Mac- 
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini berada di Arab Saudi untuk lawatan rasmi empat hari, diberi kesempatan menunaikan ibadah umrah.

Beliau menerima jemputan melaksanakan ibadah tersebut daripada Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Tan Sri Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman turut diberi peluang memasuki Kaabah.

Selepas Mekah, Perdana Menteri akan meneruskan perjalanan ke Madinah untuk melakukan ziarah.

Beliau dijadual memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah, Riyadh, pada 9 Mac ini.