Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Kursus selepas berkahwin bakal diwujud, elak jenayah rumah tangga

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 6 Mac- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang untuk mewujudkan kursus selepas berkahwin, bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam keluarga seperti dera dan jenayah.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya kerap menerima laporan mengenai isu dera hingga berlaku kehilangan nyawa dalam rumah tangga.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian seorang suami membunuh isterinya dengan senapang sebelum menyumbat mayatnya dalam tong dan ditanam di ladang kelapa sawit di Kota Tinggi, Johor.

Mengulas mengenai penjagaan dua anak mangsa, berusia tiga dan empat tahun, Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang dalam proses mahkamah untuk menentukan hak jagaan.

Sementara itu, kementeriannya telah mewujudkan Skuad Wanita Anti-Jenayah (WAJA) sejak tahun lepas, dengan melantik 70,000 psikososial untuk memberi bantuan kaunseling kepada wanita yang mengalami masalah rumah tangga.

Pihaknya akan melantik lebih ramai psikososial di peringkat akar umbi bergantung kepada keperluan semasa.