Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Pemandu teksi dibelasah ugut pengguna jalan raya

  • Published in Berita Semasa

PETALING JAYA, 6 Mac - Tindakan seorang pemandu teksi cuba mengugut pengguna jalan raya lain mengundang padah apabila dia dibelasah menggunakan senjatanya sendiri.

Kejadian turut dirakam pengguna jalan raya lain dan tular di media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku di Petaling Jaya pada pukul 6.30 petang semalam.

Ia berlaku akibat perselisihan faham antara pemandu teksi berkenaan dengan seorang penunggang motosikal.

Pemandu teksi itu kemudiannya didakwa mengugut penunggang terbabit menggunakan pengunci stereng.

Penunggang motosikal kemudian bertindak balas dengan merampas alat berkenaan dan membelasahnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kedua-dua suspek diberi jaminan polis.

Kes dirujuk mengikut Seksyen 160 kanun keseksaan kerana gaduh dan seksyen 324 kanun sama kerana mendatangkan cedera.