Thursday, 15 April 2021

updated 8:57 AM UTC, Apr 15, 2021

Datuk Saifuddin teruskan misi bantuan pasca banjir

  • Published in Berita Semasa

KUANTAN, 6 Mac - Misi menghantar bantuan pasca banjir masih diteruskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah di Kuantan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota sebelum ini giat menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin di kawasan itu.

Dalam misi berkenaan, seramai 35 penduduk kategori B40 menerima sumbangan makanan yang turut mendapat tajaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Surau Bukit Ubi, Kuantan.

Selain itu, lima penduduk di sekitar kawasan berkenaan turut menerima sumbangan yang sama.

Program ini akan diteruskan esok dengan penyampaian sumbangan makanan kepada pemandu teksi dan bas secara pandu lalu.