Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Kuota pelajar Maktab Tentera Diraja ke UPNM akan ditingkatkan sehingga 40%

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 5 Mac - Kementerian Pertahanan bercadang meningkatkan kuota pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga 40%.

Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, keputusan muktamad jumlah kuota itu bergantung kepada hasil perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Datuk Seri Ismail Sabri bercakap kepada media selepas mengadakan lawatan kerja sulungnya ke UPNM di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, UPNM merupakan universiti gabungan antara latihan ketenteraan dan akademik.

Sekaligus menjadikan pelajar MTD sangat sesuai melanjutkan pengajian ke UPNM.