4,670 petugas kesihatan ATM diberi keutamaan terima suntikan vaksin COVID-19
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
KUALA LUMPUR, 22 Februari - Seramai 4,670 petugas kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara antara kumpulan yang akan diberi keutamaan menerima suntikan vaksin COVID-19.
Hari ini, sejumlah 10,530 dos vaksin peringkat pertama diterima pasukan keselamatan itu bagi peringkat pertama.
Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Strategik Vaksin COVID-19, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Datuk Dr Rosman Ab Rahman berkata, keutamaan suntikan akan diberikan kepada anggota yang bertugas dalam zon merah penularan COVID-19, anggota barisan hadapan termasuk Operasi Benteng (Op Benteng), kawalan sempadan serta sekatan jalan raya.
Beliau bersama Pengarah Farmasi Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, Datuk Dr A Halim Basari menerima penghantaran tersebut di 93 Depot Perubatan dan Pergigian ATM, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.