Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Kedah pertingkat kefahaman serta keyakinan masyarakat mengenai vaksin COVID-19

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR, 22 Februari - Kedah akan mempertingkatkan kefahaman serta keyakinan masyarakat mengenai vaksin COVID-19 agar tiada pihak anti vaksin memanipulasikan isu berkenaan.

Ia melalui semua flatform digital dan jentera milik kerajaan negeri.

Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Romani Wan Salin menegaskan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat, kerajaan perlu membelanjakan peruntukan yang besar bagi mendapatkan vaksin.

Oleh yang demikian, masyarakat perlu memahami keperluan vaksin berkenaan.

Vaksin COVID-19 yang tiba di Kedah ditempatkan di lokasi penyimpanan atau Pusat Simpanan Vaksin (PSV) yang dikenalpasti di Kota Setar, Kuala Muda dan Langkawi.