Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

SWCorp ambil tindakan tegas terhadap kilang longgok sisa pepejal di luar premis

  • Published in Berita Semasa

KULIM, 22 Februari - Tindakan tegas akan diambil terhadap sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Taman Kenyalang, Kulim yang dikesan melakukan aktiviti melonggokkan sisa pepejal terkawal di luar kawasan premis.  

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam kenyataan berkata, aktiviti tersebut dikesan ketika SWCorp Cawangan Kulim/Bandar Baharu membuat operasi semakan premis kilang terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. 

Tegas SWCorp, pihaknya tidak akan berkompromi dalam memerangi aktiviti melonggakkan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran.