Logo

COVID-19: 10,000 individu di Melaka bakal terima suntikan fasa pertama

PENGKALAN BATU, 19 Februari - Kira-kira 10,000 individu di Melaka termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan petugas barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata bagi fasa pertama, suntikan vaksin akan dilakukan di Hospital Melaka dan Klinik Kesihatan yang ditetapkan.

Menurut beliau, pihaknya juga sudah merangka lokasi dan cara penyimpanan vaksin berkenaan yang dijangka tiba di negeri itu pada awal Mac depan.

Tambah beliau, perbincangan juga sudah dilakukan bersama Tenaga Nasional Berhad bagi memastikan bekalan elektrik khususnya di Hospital Melaka dan Klinik Kesihatan dalam keadaan baik supaya vaksin berkenaan dapat terus disimpan dalam suhu yang ditetapkan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.