Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

Pulau Pinang: Pasar Apollo masih ramai gagal patuhi SOP

  • Published in Berita Semasa

BUTTERWORTH, 24 Januari - Seramai 35 peniaga dan penjaja tepi jalan di Seberang Perai Utara dikenakan notis amaran kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu 20 peniaga pakaian juga diberikan notis amaran untuk menutup premis atau gerai mereka susulan aktiviti pemantauan SOP yang dijalankan di Pasar Apollo dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor, hasil pemeriksaan di sekitar kawasan medan selera juga mendapati SOP tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Antara kesalahan adalah tiada penjarakan fizikal yang sempurna, dan segelintir peniaga masih tidak menyediakan kod imbasan my-sejahtera.

Walaubagaimana sepanjang pemantauan sejak awal pagi, mendapati hampir 99 % pengunjung dan peniaga mematuhi arahan pemakaian pelitup muka.