Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

Kedah: Penganggur dicekup bawa 1,000kg daun ketum

  • Published in Berita Semasa

SIK, 24 Januari - Polis menahan seorang penganggur serta merampas 1,000 kilogram daun ketum dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Titi Jeniang, pagi tadi.

Lelaki berusia 29 tahun itu turut mempunyai 4 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Ketua Polis Polis Daerah Sik, DSP Abd Razak Osman dalam kenyataannya berkata, suspek ditahan ketika membawa lori dengan muatan 100 bungkusan plastik berisi daun ketum.

Hasil soal siasat, dia mengaku mendapat bekalan daun ketum daripada seorang lelaki berketurunan Siam di Naka, Padang Terap.

Dia didapati terlibat dengan penagihan syabu sejak 5 tahun lepas dan penagihan pil kuda, 2 tahun lepas.

Suspek dipercayai mengambil upah membawa balik daun ketum itu ke Kelantan melalui Gerik dan Jeli dengan bayaran 500 ringgit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.