Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

Johor peruntukkan RM10.06 juta, baiki jalan

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 24 Januari - Kerajaan Johor memperuntukan RM10.06 juta bagi menjalankan kerja-kerja penambahbaikan jalan di sepanjang Lebuhraya Pasir Gudang bermula 15 Februari ini.

Tumpuan penambahbaikan adalah untuk penampalan lubang di laluan sepanjang 11 kilometer yang dijangka mengambil masa dua bulan untuk disiapkan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Insfrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri, berkata kepada pemberita semasa meninjau tapak lokasi terbabit.

Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan Kementerian Kerja Raya telah meluluskan peruntukan RM36.3 juta, bagi tujuan kerja menyelenggara jalan-jalan persekutuan seluruh negeri itu.

Sebahagaian besar penyelenggaraan tersebut akan dilakukan di laluan Pasir
Gudang dan Johor Bahru.