Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

Jasa petugas barisan hadapan dihargai menerusi lukisan mural

  • Published in Berita Semasa

 

ANGKASAPURI, 24 Januari - Demi menghargai jasa petugas barisan hadapan dalam mendepani pandemik COVID-19 sebuah mural diabadikan di Institut Jantung Negara (IJN).

Mural yang dizahirkan sempena kempen "Norma Baharu COVID-19" itu, merupakan sebahagian inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Balai Seni Lukis Negara (BSLN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Menurut Kurator Kanan Balai Seni Lukis Negara, Nurbaidah Ambak, lukisan mural yang bertemakan ‘Barisan Hadapan’ tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pandemik COVID-19.

Projek yang bermula Ogos 2020 tahun lalu, melibatkan tiga orang artis mural antaranya Mohd Suhaimi Ali dan Dhiayul Mohamad Ashraf Dawari.

Menurut salah seorang pelukis, Suhaimi yang sebelum ini pernah tular apabila lukisan mural Yang Di-Pertuan Agong dan Ketua Pengarah Kesihatan dilukisnya diconteng memberitahu ekspresi mural adalah salah satu cara insan sepertinya menzahirkan penghargaan.

Sebanyak enam zon seluruh negara dipilih bagi tujuan ini antaranya di dewan orang ramai Putatan bagi Zon Sabah dan di Sigma College, Kuching bagi Zon Sarawak.