Saturday, 6 March 2021

updated 2:05 PM UTC, Mar 6, 2021

Sarawak usaha minimumkan jangkitan kes import

  • Published in Berita Semasa

KOTA SAMARAHAN, 23 Januari - Sarawak sedang berusaha untuk meminimumkan risiko jangkitan kes import COVID-19 yang masuk ke dalam negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas antara keputusan yang diambil ialah mengurangkan jumlah penerbangan masuk.

Jelasnya, pendekatan lain yang diambil termasuk tidak membenarkan kuarantin di rumah berikutan kes penularan COVID-19 yang tinggi di Sibu dan Miri serta melaksanakan Op Jala dan Op Sapu bagi mencari dan menahan PATI.

PATI yang ditahan dalam kedua-dua operasi itu akan menjalani saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Langkah itu diambil bagi mengurangkan risiko PATI membawa masuk COVID-19 ke Sarawak.

Datuk Amar Douglas Uggah berkata, JPBN juga mengeluarkan maklumat lokasi-lokasi awam yang dikenalpasti mempunyai kes positif adalah bagi menyedarkan masyarakat sekali gus menggalakkan mereka untuk tampil membuat saringan COVID-19 sekiranya melawat lokasi-lokasi terlibat.

Datuk Amar Douglas Uggah menyatakan demikian ketika mamantau penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di Pasar dan Medan Selera Bandar Riyal di Kota Samarahan.