Saturday, 6 March 2021

updated 1:06 PM UTC, Mar 6, 2021

Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu dilaksana sepenuhnya

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 22 Januari - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa kesihatan awam di seluruh dunia sudah mengambil tindakan komprehensif dan holistik dalam mengekang penularan COVID-19 terutamanya di tempat kerja.

Bagaimanapun, kebergantungan kepada pihak berkuasa sepenuhnya tidak akan berjaya sepenuhnya ekoran kekangan tenaga kerja dan penguatkuasaan yang terhad.

Pengarah Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) secara proaktif perlu dilaksanakan majikan dalam memastikan penularan COVID-19 dapat dikawal di tempat kerja.

Pada masa sama, memastikan produktiviti syarikat tidak terjejas.

Sementara itu, pakar kesihatan awam yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare), Dr Rayney Azmi Ali yakin kluster di tempat kerja boleh dielakkan jika setiap pekerja memahami risiko yang bakal dihadapi.