Saturday, 6 March 2021

updated 2:05 PM UTC, Mar 6, 2021

Tinjauan pasar harian masih rancak, namun pengunjung patuh SOP

  • Published in Berita Semasa

 


KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Hari pertama penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) di Terengganu menyaksikan jalan raya lengang namun keadaan sedikit berbeza di pasar harian.

Tinjauan wartawan di Pasar Chabang Tiga mendapati, masyarakat masih rancak mencari barangan basah sebelum segera beredar selepas selesai berbelanja.

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lukema Meri Salleh berkata, 50 anggota penguatkuasa ditugaskan secara penggiliran di semua pasar harian dengan dibantu polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

MBKT bertanggungjawab memastikan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi di 13 pasar harian di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Tambahnya lagi, operasi pasar harian, pasar tani dan pasar pagi di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus ditetapkan bermula 7:00 pagi hingga 2:00 petang.

Manakala aktiviti perniagaan di pasar borong bermula 2:00 pagi hingga 6:00 pagi. 

PKP di Terengganu bermula hari ini sehingga 4 Febuari depan.