Thursday, 4 March 2021

updated 2:51 PM UTC, Mar 4, 2021

Serangan penyakit bena perang, MADA tingkat kawalan & pemantauan

  • Published in Berita Semasa


ALOR SETAR, 22 Januari - Sebilangan kawasan sawah padi berkeluasan 514.18 hektar di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terjejas akibat serangan bena perang. Manakala, 150.50 hektar daripada jumlah itu telah mengalami tahap “hopper burnt” iaitu simptom atau kesan serangan padi yang teruk.

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman memberitahu secara keseluruhan tahap serangan bena perang di kawasan muda sehingga kini masih dalam keadaan terkawal.

Beliau menjelaskan, pasukan MADA sedang giat melakukan kerja pemantauan di bawah Program pengawasan dan ramalan (PNR) di lapangan dengan kerjasama Bahagian BiosekuritiTumbuhan (BBT), Jabatan Pertanian.  

Di Kawasan Muda,terdapat 945 titik PNR yang telah ditetapkan secara bersama di antara MADA dan BBT.  

Sebanyak 131 kawasan yang terjejas telah dinaikkan bendera merah sebagai tanda memberi amaran kepada peladang yang berdekatan untuk mengambil tindakan kawalan selanjutnya.  

Beliau ditemui media selepas melakukan lawatan di kawasan sawah padi yang diserang bena perang di Kampung Padang Garam, Kuala Sungai, Alor Setar.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat, ADUN dan Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA, Kamarudin Dahuli.