Thursday, 4 March 2021

updated 2:51 PM UTC, Mar 4, 2021

SJR PKP Perlis: 11 sekatan dilaksana

  • Published in Berita Semasa

KANGAR, 22 Januari - Sebanyak 11 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negeri Perlis dilaksanakan serentak dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pukul 12.01 tengah malam tadi.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata,sebelum ini hanya tujuh sekatan jalan raya dilaksanakan di setiap sempadan negeri Perlis-Kedah dan penugasan Ops Benteng Sempadan Darat.

Dalam usaha memastikan orang ramai mematuhi PKP, pihak polis menambah empat lagi sekatan jalan raya daerah tambahan kepada SJR sedia ada.

Datuk Surina ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Berkaitan Pengurusan COVID-19 di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar.

Bagi pematuhan pergerakan sempadan negeri, setiap hari sebanyak 2,000 pemeriksaan merentas negeri dilakukan terutama di laluan Kangar-Alor Setar di Simpang Empat kerana kebanyakan mereka ini bertugas di Perlis walaupun tinggal di Kedah.

Manakala sejak 1 Januari hingga semalam, sebanyak 52 kompaun dikeluarkan polis terhadap orang ramai yang masih ingkar atau tidak mematuhi peraturan norma baru ditetapkan seperti penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.