Sunday, 7 March 2021

updated 1:34 AM UTC, Mar 7, 2021

PKP: Sekatan jalan raya diadakan di seluruh negeri Perak

  • Published in Berita Semasa

IPOH, 22 Januari - Polis Perak menjalankan 53 Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan negeri dan daerah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalarhrash Wahid, selain itu 386 pasukan pemantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) turut akan digerakkan bagi tujuan sama.

Kedua-dua penugasan melibatkan 1,822 petugas barisan hadapan setiap hari.

Bagi memastikan penugasan dapat dilaksanakan dengan lancar, arahan pembekuan cuti dan pergerakan semua pegawai polis kecuali cuti kecemasan sepanjang pelaksanaan PKP turut dikeluarkan.

Semua pihak dinasihatkan agar sentiasa mematuhi SOP dan peraturan ditetapkan.

Tegas Datuk Mior, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran SOP.