Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

COVID-19: 16 kluster baharu dikenal pasti

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Sebanyak 16 Kluster Baharu dikenal pasti hari ini di sembilan buah negeri.

Ia melibatkan negeri Selangor, Sabah, Johor, Terengganu, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalan kenyataannya menjelaskan, 11 kluster baharu hari ini melibatkan kategori Kluster Tempat Kerja, dengan dua kluster di Selangor iaitu Kluster Bestari Rantau dan Kluster Tapak Bina Abdul Aziz.

Tiga Kluster di Johor iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Digital, Kluster Tampoi Lima dan Kluster Jalan Seroja.

Kluster Tapak Bina Jalan Digital juga dikesan di Terengganu.

Manakala dua kluster dikenal pasti di Melaka, iaitu Kluster Jalan Usaha dan Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor.

Satu kluster di kenal pasti masing-masing di Sabah, melibatkan Kluster Jalan KKIP Selatan, Kluster Persiaran Tasek di Perak, Kluster Sungai Ibor di Negeri Sembilan dan Kluster Jalan Sejahtera di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Lima kluster selebihnya melibatkan Kategori Kluster Komuniti yang dikenalpasti iaitu Kluster Batu Enam di Perak, Kluster Bukit Gelugor di Pahang, Kluster Jalan Niaga di Johor, Kluster Kampung Balibata di Sabah dan Kluster Sawmill Luit di Pahang.