Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

COVID-19: 4,008 kes positif dikesan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Kes baharu hari ini kembali mencecah ke angka 4,000, dengan mencatat sebanyak 4,008 kes positif.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah mencecah 169,379 kes.

Angka berkenaan merupakan jumlah harian kedua tertinggi setakat ini.

Negeri Selangor masih kekal mencatat negeri yang mempunyai kes tertinggi iaitu sebanyak 1,179 kes.

Bagi kes sembuh, terdapat 2,374 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 127,662.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 11 kematian dilaporkan, menjadikan jumlahnya 630.