COVID-19: Semua pekerja warga asing diarahkan jalani saringan, kos saringan ditanggung majikan
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
KUALA LUMPUR, 20 Januari- Sehingga semalam, lebih 178,000 pekerja asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 6,667 majikan.
Daripada jumlah berkenaan, 3,052 disahkan positif.
Kerajaan mengarahkan semua pekerja warga asing khususnya di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan untuk menjalani saringan COVID-19.
Kos saringan ditanggung oleh majikan masing-masing.
Sehingga kini, sejumlah 840 klinik terlibat dengan program saringan ini.
Sementara itu, 752 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
718 daripadanya dikompaun manakala 34 lagi direman.