Thursday, 4 March 2021

updated 2:51 PM UTC, Mar 4, 2021

PKPD Kampung Orang Asli Batu 6 di Perak bermula esok

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Orang Asli Batu 6, Batang Padang, Perak bermula esok hingga 3 Februari depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, langkah berkenaan diambil berdasarkan nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.

PKPD ini bertujuan mengawal pergerakan penduduk serta memudahkan saringan bersasar di lokaliti ini yang melibatkan 494 penduduk.

Sejak 14 Januari, ujian saringan telah dilaksanakan ke atas penduduk yang bergejala serta saringan kontak rapat.

Sehingga 18 Januari, 12 kes positif direkodkan manakala 87 kontak rapat sedang dikuarantin.