Sunday, 7 March 2021

updated 2:55 AM UTC, Mar 7, 2021

COVID-19: Tahap kesihatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin stabil

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Tahap kesihatan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas positif COVID-19 adalah stabil. 

Kenyataan Pejabat Menteri Dalam Negeri, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menzahirkan keprihatinan tahap kesihatan Datuk Seri Hamzah, susulan tular gambar yang mendakwa beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan tahap kesihatan yang merosot.

Kenyataan ini turut memaklumkan tahap kesihatan menteri berada dalam keadaan stabil dan memohon agar semua pihak terus mendoakan kesembuhannya.

Datuk Seri Hamzah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan COVID-19 pada 11 Januari lepas.

Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan Datuk Seri Hamzah yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan pejabat menteri.