Sunday, 7 March 2021

updated 1:54 AM UTC, Mar 7, 2021

'Bukan kerana kelesuan bekerja atau COVID-19'- Dr Noor Hisham

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan dakwaan bahawa petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat kelesuan dalam bertugas ataupun kerana jangkitan COVID-19.

Sebaliknya beliau berkata ia disebabkan Allahyarham Dr Ali Noor mempunyai penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, Tan Sri Dr Noor Hisham turut memaklumkan, keputusan ujian COVID-19, Allahyarham Dr Ali Noor juga adalah negatif. 

Justeru itu, beliau memohon mana-mana pihak tidak membuat spekulasi bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham.

Tan Sri Dr Noor Hisham mengakui Allahyarham merupakan seorang pegawai perubatan yang disenangi rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Ali Noor.