Thursday, 4 March 2021

updated 2:51 PM UTC, Mar 4, 2021

Tiada isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi paket satu kilogram di Kedah

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR, 20 Januari - Tiada isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi paket satu kilogram di Kedah.

Bagaimanapun, terdapat peningkatan pembeliannya berikutan peningkatan harga minyak masak di dalam botol.

Susulan itu Exco Kedah, Romani Wan Salin berkata, pemeriksaan dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di semua daerah pada 18 Januari lalu.

Siasatan mendapati peniaga menerima bekalan daripada pembekal dan tidak berlaku pengurangan jumlah penerimaan bekalan minyak masak bersubsidi.

Pemeriksaan turut dilakukan terhadap 21 syarikat pembungkus minyak masak di Kedah.

Ini sekali gus menjawab persoalan dibangkitkan Persatuan Pengguna Negeri Kedah mengenai isu kekurangan bekalan minyak bersubsidi.