Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Aktiviti masjid dan surau di Perlis dihentikan dalam tempoh PKP

  • Published in Berita Semasa

KANGAR, 20 Januari - Berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Perlis bermula 22 Januari hingga 4 Februari 2021.

Segala aktiviti terbuka secara berkumpulan di masjid dan surau seluruh negeri Perlis termasuk solat berjemaah dihentikan seketika.

Perintah berkenaan dikeluarkan selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Umat Islam di Perlis turut diseru untuk menunaikan solat secara berjemaah di rumah dalam tempoh PKP dan bagi mengimarahkan masjid dengan solat lima waktu berjemaah maka hanya Pegawai dan Jawatankuasa Masjid sahaja dibenarkan hadir namun tidak melebihi lima orang.

Sementara itu bagi solat Jumaat pula hendaklah didirikan oleh jemaah yang terdiri dalam kalangan anak kariah termasuk imam dan khatib, tidak melebihi kapasiti maksimum mengikut saiz masjid dan tidak kurang daripada tiga orang.

Mereka yang diizinkan hadir bagi mendirikan solat berjemaah dan Solat Jumaat di masjid hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran dalam daftar hadir atau mengimbas kod QR Aplikasi MySejahtera.